SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG2 YANG SUDI KE BLOG SAYA...TERIMA KASIH

Khamis, 28 Oktober 2010

Kek Asam Manis Aiman

 Biasanya
 Cuba-cuba
Macam biasa semula. Tetapi rasanya sama ajer...

Kek Apam Mekar

Proses awal

Hasil setelah di masak

Sabtu, 10 Julai 2010

TALAM SERI MUKA



Ini lah hasil kerja percubaan...walaupon rupanyer x secantik mcm yg diajar tp rasenye ttp sedap....
Resepi asal ...lupa la plak simpan kat ner...tp sape2 teringin nak wat leh la try resepi kat bawah ne....hihihi
Resepi (sumber K.Liza FP-minta resepi ye kak)


KUEH SERIMUKA
Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.
 


Rabu, 7 Julai 2010

Tat Telur Mini



Tat telur,ne juga hasil kerja ujung minggu.Biase la bg kaum2 ibu yg bekerja mcm saya ne nak harapkan hari biase x cukup tangan dibuatnyer.Mane nak kemas umah,memasak dan melayan kerenah anak2.Hari sabtu dan ahad je la ade mase itupon kalau tiada aktiviti lain.Eh..eh..berceloteh la pulak.Ok la disni saya sertakan juga resepi yg saya buat tu.Bg sape2 yg nak buat tu leh la try resepi ne ye...

TAT TELUR (sumber x ingat la)
Pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp esen vanila

Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Filling:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)

Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.

cara: Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven. Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)

lupa plak ambil dr mane resepi ne.Kepade penyumbang resepi ne mekasih bbyak ye.Sbb dah byak resepi yg saye cuba tp resebi ne sekali try je dah jadi .Sedap dan rangup.

Kek Coklat Lembab versi Kukus



Ini la hasil kerja ujung minggu...,walaupun fisrt time buat versi kukus ne nampaknyer alhamdulillah menjadi.Kawan2 pon ramai yg puji diorang kate very moist dan sedapnyer pun lebih.Biasenye buat kek ne lebih senang bakar cume kalau bakar ne dia akan kering sikit la.Kukus ne yg leceh nyer kene tunggu lame dan kene pandai jaga api dan pastikan air x kering.Kalau x hangit le kek tu...hehehe.

Khamis, 29 April 2010

Biskut Almond Coffee















Biskut aku belajar bln lepas dgn kak Rozita yg duduk kat kota Masai, tu...
Seronok belajar dgn dia, org nyer x kedekut ilmu...
1st time buat je terus jadi seronok nyer....tq kak Rozita.


Ne antara resepinye...aku nak kongsi dgn kawan2 dan pelawat2 blog aku...
Antara biskut yg diajar ialah :-
SUJI SNOW PRINCESS
Bahan A
200 gm butter
150 gm minyak sapi
120 gm gula castor
1 tsp pandan paste
1 tsp pewarna hijau

bahan B
100 gm badam kisar
30 gm tepung beras
420 gm tepung gandum (saya gune cap Cempaka)

Bhn hiasan : 25 gm gula ising, 50 gm susu tepung dan cooking choc.

Cara : Campurkan kesemua bhn dan uli sehingga menjadi doh yg lembut.Bentukkan mengikut citarase masing2 dan bakar hingga masak.Sedia dihidang.


MOCHA BUN
250 gm butter
65 gm gula castor
155 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
2 tsp nescafe paste
2 tsp serbuk koko


Hiasan : Nozel 864, colour ball, dan badam cincang

Cara : Campukan kesemua  bahan sehingga menjadi doh yg lembut .Adunan ne agak lembik kerane perlu dimasukkan dlm piping bag dan pipekan mengikut kreativiti masing.Tabukan badam cincang/colur ball dan bakar hgga masak.

ALMOND COFFE
Bahan A
150 gm butter
120 gm gula castor
1 biji kuning telur (C)
1 tsp nescafe paste
1/2 tsp emplex

Bahan B
170 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
25 gm tepung jagung
10 gm serbuk koko
30 gm badam kisar

Hiasan : paper cup, white cooking choc, selbourn chocolate/badam.

Cara ; Campurkan kesemua bhn dan uli hgga jd doh yg lembut.Bulat2kan dan letakkan coklat yg dikiub kecil kedalam adunan.Masuukan kedlm paper cup. Bakar hgga masak dan lorek2 kan dgn white cooking mikut kreativti masing2.


-CHOLATE PISTHACIO
-B/BERRY FLOWER TAT
-STARWBERY DELIGHT
-ALMOND CHEESE BAR

Ahad, 7 Februari 2010

Kuih Ros@goyang































Tempahan kuih Ros dibuka kepada sesiapa yg berminat boleh hubungi saya ditalian 016-7432409 atau email ke syarifah_elun07@yahoo.com.my
Harga RM 18.00/balang.

Conflakes bersalut coklat


Crispy Coklat



Hasil ciptaan ku sendiri.Campuran emping jagunh yg dihancurkan sedikit bersama taburan badam .Anak2 suka aku pun suka...Sedap ,rangup dan renyah.

Cupcake Coklat





Sebelom dan selepas diletak toping.

Tepung Kek Coklat Lembab


Inilah Tepung Kek Coklat Lembab yg pertama yg pernah aku jual.Diam2 hampir 5 tahun aku menjalankan urusniaga menjual tepung kek coklat ini.Sambutan yang menggalakkan membuatkan aku x henti2 membuat tempahan..Rata2 pembeli2 tepung ne memberikan feedback yg memuaskan.(kalau ada mase nak tepek testimoni) 
Tepung kek coklat lembab yg mudah dan menjimatkan.Nak cuba???try la order...pasti puas hati.
Harga RM10.00/pek.

"Apakah kelebihan yang saya dapat bila menggunakan
Magic Resepi kek coklat lembap ini?"





  • Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengetahui sukatan Gula, Tepung  + Koko dan juga serbuk koko (topping). ( Dan inilah perkara yang paling sukar). Semuanya telah di sukat dengan tepat dan dimasukkan ke dalam satu pek.
bahan-kek-coklat




  • Setiap pek kek coklat Magic Resepi lengkap mengandungi bahan-bahan yang masing-masing telah di tanda dengan nombor  seperti gula (no. 1), tepung + koko (no.2) dan coklat cair (no.3) bagi memudahkan anda mengikut panduan yang disertakan.




  • Magic Resepi juga menyediakan bahan Topping kek coklat (yang bertanda X) di dalam bentuk serbuk yang telah disukat.




  • Anda telah menjimatkan masa anda untuk membeli kesemua bahan-bahan tadi di kedai secara berasingan.




  • Kos yang amat murah jika dibandingkan dengan harga bahan yang dibeli secara berasingan.




  • Anda dapat meminimumkan tenaga anda.
Dan banyak lagi...


Donut



Donut ne dibuat untuk sarapan pagi.
Kadang2 ada juga bawa ketempat kerja utk kawan2 yg x sempat membeli sarapan diluar.Aku jual 4 keping RM1 je.Saje nak tolong kawan.

Sabtu, 30 Januari 2010

Tempahan Muffin Coklat



Ne gambar muffin comel yg ditempah oleh akak diKg..
last year x sempat nak upload gambar...ne baru sempat.

Tepung Kek Coklat Lembab - Baker's Choise

Ini pula tepung kek coklat Bake Choise yg dihasilkan oleh isteri seorang kawan (kira akrab juga la)tempat kerja lama dulu.Boleh tahan juga sedapnyer(tp mmg sedap pon).Dah la simple , senang dan menjimatkan masa.Kepada sesiapa yg berminat boleh hubungi saya untuk tempahan.
Harga dari RM10.00/pek






Cara-cara membuat kek coklat Baker's Choise :-

Bahan-bahan :
1 pek tepung kek coklat lembab Bakers' Choice
2 biji telur
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak / butter cair
1 cawan air panas

Cara-cara :
- Satukan semua bahan kecuali air panas
- Pukul dengan kelajuan sederhana selama 2 minit
- Masukkan air panas
- Kacau sehingga sebati & licin
- Masukkan dalam loyang 8" X 8" X 3" yg telah di alas kertas minyak
- Bakar pada suhu 160' selama 45 - 60 minit (bergantung pada oven masing-masing)
- Jika kukus, tutup dengan aluminium foil & kukus dengan api sederhana sehingga masak
- InsyaAllah menghasilkan kek coklat lembab seberat 1.3kg


Saje2 part 2


Saje2 try test...

B'day Nur Sabariza....Dec'09

















Mee goreng mamak,muffin dan kek .Sempena sambutan hari kelahiran puteri ku yg ke4 hanya itu juadah yg sempat disediakan.
Semoga dipanjangkan Umor dan diberkati Allah amin.....

Khamis, 21 Januari 2010

B'day Balqis pd 31Dec2009





Alamak gambar blurrr la pulak...ermm ok la,janji ada .Ne hasil kek yg dbuat sendiri oleh aku utk bday girl yg 2 org tu...saje nak test power heheheh

Coklat buatanku



Ini adalah hasil kerja ku yg pertama sewaktu menghadiri kelas coklat .
Diucapkan terima kasih kepada Mamatiera yg sudi mengajar aku membuat coklat buatan tangan...jasa mu ttp ku kenang..

Selasa, 19 Januari 2010

Waffle Maker


Dah puas cari merata tempat x juga jumpa...