SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG2 YANG SUDI KE BLOG SAYA...TERIMA KASIH

Rabu, 7 Julai 2010

Tat Telur Mini



Tat telur,ne juga hasil kerja ujung minggu.Biase la bg kaum2 ibu yg bekerja mcm saya ne nak harapkan hari biase x cukup tangan dibuatnyer.Mane nak kemas umah,memasak dan melayan kerenah anak2.Hari sabtu dan ahad je la ade mase itupon kalau tiada aktiviti lain.Eh..eh..berceloteh la pulak.Ok la disni saya sertakan juga resepi yg saya buat tu.Bg sape2 yg nak buat tu leh la try resepi ne ye...

TAT TELUR (sumber x ingat la)
Pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp esen vanila

Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Filling:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)

Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.

cara: Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven. Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)

lupa plak ambil dr mane resepi ne.Kepade penyumbang resepi ne mekasih bbyak ye.Sbb dah byak resepi yg saye cuba tp resebi ne sekali try je dah jadi .Sedap dan rangup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lihatlah...........