SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG2 YANG SUDI KE BLOG SAYA...TERIMA KASIH

Sabtu, 31 Mac 2012

DONUT GEBUSSSS





Donut ne buat utk jiran yg akan mengadakan kenduri dirumahnye pd mlm ini.Disini kita share resepi ye, resepi ne saya dapat dr kelas Frozen Food di kolej komuniti yg saya hadir pd 2 tahun yg lalu.pd sape2 yg berminat nak salin resepi ne , saya alu2kan...mmg gebu dan sedap.

Bahan-bahan;
500 gm tepung gandum
1/2 peket mauripan
125gm gula
1/2 biji telur (optional)saya x letak
250ml air suam (utk mempercepatkan proses kembang pd donut)
50gm shortening/marjerin
sedikit garam

1 cawan gula halus - utk digaul pd Donut yg dah siap digoreng

Cara-cara:
- Satukan bhn2 kering, gaul rata.
- Campurkan air suam sedikit2 sambil diuli perlahan2 sehingga adunan menjadi doh.
- Jika letak telur, campurkan telur sblum memasukkan air suam.
- Bila adunan sudah agak kenyal , gaulkan dgn shortening dan uli lg sehingga adunan tak lekat ditangan.
- Bentukkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.
- Biarkan hingga adunan naik 2x ganda, tp jgn terlampau naik sbb bila digoreng x cantik.
- Sedia utk dihidang.

Selamat Mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lihatlah...........